YANG BUKAN CIK ANON,

Wednesday, April 25, 2012

rindu setengah mati padamu

assalamualaikum.

blog dah berubah? serius agak kekok jugak. biasalah sekarang jarang jarang sekali baru boleh update blog. sibuk kuasa enam belas sehinggakan jarang jarang je boleh jenguk blog sendiri.

berbalik pada topik, tadi adik ada call aku, " Kakak Na! Ciky takdok ore nok jago. guano ni. umi nok bagi Ciky ko ore lain. kalu saye ko Ciky, balik la cepat " wuwuwu kena ugut kat adik sendiri. tadi sempat jugak la rayu rayu kat adik aku yang jangan bagi hamster kesayangan aku tu kat orang lain. aku sayang weh. tadi tengah sibuk sibuk godek album lama, terjumpala gambar hamster aku tu masa hari first aku beli dia. alahaai comel kecik cenonet lagi. sekarang dah gemok gedempal dah. weee.


pasangan laki bini yang bahagia sebelum dilanda tragedi.


wuwuwu aku rinduuu T,T


Istana bahagia mereka.

selalu berebut nak masuk dalam bekas makanan sama sama. nasib baiklah muat.


lihatlahhh kecomelan mereka. Ya Allah geramnyaaa nak picit picit!


Ciky yang super nakal !


Ciky lagiii.


dan lagiii.


akhirnya Ciky tinggal berseorangan. Bum pergi jua. tsk tsk. cerita lama. Ciky, tunggu aku balik 14 Mei ni tau. muah muah lebiu #gedik. bai




kalau anda comel, sila like!*nyanyi ikut nada lagu KALAU ANDA GEMBIRA*

Thursday, April 19, 2012

Wow, rekod baru dah tercipta!


assalamualaikum.

 wahh, sangat teruja bila dapat mencipta rekod baru iaitu tak update blog selama lebih daripada sebulan. pheww, busy sangat sampai tak sempat nak tulis apa apa kat sini. tak pernah rasa sesibuk ini. balik je dari berpraktikal kat Kuala Lumpur, sempat cuti seminggu je. tu lah kali last update blog. kemudian dua minggu lepas tu sibuk dengan exam. assignment berlambak lambak tapi standard lah kan sebagai pelajar. kalau takdee assingment, baik tak payah belajar.

 jap, ada kegilaan baru sekarang. kegilaan menjahit sesuatu yang cecomel. dan aku telah meletakkan kegilaan so-called hobi ni sebagai kerja sampingan aku. yelah, sambil isi masa lapang boleh la tambah pendapatan sikit. hee. so , korang sudi sudi la melawat kedai online aku yang baru nak bernyawa tu kat sini



sebahagian dari air tangan aku.

Owl Keychain RM4 each



Layered Flower Brooch RM5 for 3 pcs.

some people ask me, nape benda benda ni mahal? mahal keeee? jual kat budak budak kecik kan memang la diorang cakap mahal. tapi sebenarnya kalau benda buatan tangan ni agak mahal la jika nak dibandingkan keluaran dari kilang. sebabnya masa buat tu kita kena kerah idea nak buat pattern ape, nak pilih warna lagi dan sebagainya. lagi satu, kena habiskan masa berjam jam lagi nak siapkan benda alah ni. standard lah kalau tidur pukul 3 atau 4 pagi pun even pagi esok ada kelas pukul 8.30!tapi kalau kilang dia dah di programkan dan dan keluaran dia pun banyak dalam sehari. ni kalau hari minggu pun aku mampu buat 3 atau 4 keychain je sehari. pheww penat habaq hang. sekarang ni tengah giat menyiapkan tempahan dari kawan sekolah adik aku. 21 keychains pelbagai bentuk. Nahhh




okey sekarang tengah giat menjahit benda kat atas ni. Car Charm, buat gantung kat dalam kereta dan boleh jugak untuk diletakkan dekat tombol pintu bilik. so , kalau ade sape sape berminat nak order, boleh la ke ARa Craft sekarangggg ! 



kalau anda comel, sila like!*nyanyi ikut nada lagu KALAU ANDA GEMBIRA*