YANG BUKAN CIK ANON,

Monday, February 20, 2012

Aku Masuk Bilik Bedah. Eh?


assalamualaikum.

malam ni nak bercerita pengalaman masuk bilik bedah ataupun lebih dikenali dengan panggilan Operation Theater (OT). memandangkan hari Sabtu yang lepas merupakan hari terakhir aku berpraktikal disitu so, aku ambil keputusan nak ikut Kak Zetty which is radiographer dekat situ naik bilik OT untuk assist doktor dalam satu pembedahan kecil iaitu memasukkan K-Wire dalam buku lali seorang patient yang patah. 

seperti biasa, sebelum masuk OT kenalah pakai baju baju yang di steril terlebih dahulu. bukan ape, kebersihan  tu paling penting dalam perubatan. so, uniform aku kenalah ditukarkan kepada OT Gown. tudung pun kena bukak dan digantikan dengan OT Cap.


lebih kurang macamni lah OT Gown yang aku pakai hari tu.


Kemudian, aku kena pakai shielding. selalunya pakai Lead Gown lah untuk mengelakkan radiasi. masa pemedahan tu, pesakit yang berumur 14 tahun tu tak sedarkan diri. mungkin dah dibius oleh Doktor Yani selaku pakar anestetik di hospital tu. selepas semua peralatan dan perkakas disediakan oleh staff staff dalam bilik bedah, Dr. Jagjit masuk untuk melakukan pembedahan tersebut. Kak Zetty pulak selaku juru xray akan meng Xray kan imej kaki tersebut sepanjang pemedahan tu berlangsung. Sebenarnya kalau diikutkan aku tidak dibenarkan masuk lagi dalam bilik OT sebab aku masih semester 2. kalau tak silap aku semester 4 baru aku belajar tentang xray di bilik bedah ni. Memandangkan aku nak sangat ikut, Kak Zetty dengan riang rianya mengajak aku ikut serta. anddd yippi ! :)


alat ni kalau tak silap aku dipanggil Mobile Xray. Dengan menggunakan alat ni la Kak Zetty Xray patient tu dalam bilik bedah dan Dr. Jagjit akan bergantung pada gambar gambar xray ketika melakukan operasi pembedahan.



lebih kurang macamni la gambar xray yang dimasukkan K-Wire. aku yang first time tengok pembedahan yang berlaku depan mata memang agak teruja lah. nasib baik takde darah membuak buak dan aku rasa takde darah pun mengalir ketika operasi pembedahan tersebut sebab Dr Jagjit hanya menggerudi memasukkan besi tersebut sahaja. tapi jujur aku cakap, bunyi gerudi tu sangat menakutkan aku . Haha. macam tukang rumah yang sedang menggerudi dinding untuk dimasukkan skru. Hah, lebih kurang sama lah tu cuma kali ni digerudi kaki manusia. Tapi nasib baik lah pembedahan tu lebih kurang 2 jam je. Kalau tak mati kesejukan lah aku dalam bilik OT tu. Hahaha.



nasib baik la Dr Jagjit tak robek robek kaki patient sampai tahap macamni. entah entah jatuh pengsan aku yang melihatnya. Haha


Apa-apa pun pengalaman masuk bilik bedah sangat mengujakan. Jadi kepada korang semua, hati hatilah bila melakukan sesuatu benda. Jangan biarkan tulang-tulang anda patah. Kesian nanti korang kena Xray dan dibedah. Tapi sesungguhnya malang tak berbau kan. Mintak mintaklah dijauhkan dari segala malapetaka tu semua. Tapi jujur aku cakap, ramai sangat orang yang sakit tiap tiap hari. Kadang-kadang sampai 60 lebih orang yang datang sehari dalam macam macam keadaan. Semoga kita sentiasa sihat walafiat hendaknya.


kalau anda comel, sila like!*nyanyi ikut nada lagu KALAU ANDA GEMBIRA*

15 oRg kAsi kompLEn:

azuha rahimi said...

operate gua jadi neelopa boleh?

meLLy! said...

@azuha rahimi hahaha. neelopa gegel. kamu boboi. tak bulih la. eleh, tau la tinggal sedaerah dgn neelopa. amboihh siap nak jadi neelopa lagi haa. kelas kau nyah haha

NURUL NADIA ROSLAN said...

aaaaaaaaaaaa tak suka tengok gambar last tu

ridoma said...

yee nice pic =)

tiefazatie said...

pengsan tgk picture..T_T

sYiRa LoKMaN said...

hhaha..seram tgk !

eiqa azra said...

hey!! eiqa pon junior radiographer juga kat Pusat Perubatan Universiti Malaya.. :)
salam perkenalan..
1st time jumpa blogger yg ambik course sama!!

Amirah Zulhijjah said...

eerrr,,,ngeri....=(

AmalinaRahim said...

@NURUL NADIA ROSLANtutup mata tutup mata hahaha

AmalinaRahim said...

@ridoma credit to google actually. haha

AmalinaRahim said...

@tiefazatie olololo jangan la pengsan ahaha

AmalinaRahim said...

@sYiRa LoKMaN scary kan hihihi

AmalinaRahim said...

@eiqa azranice to meet you eiqa :D hope we can be a friend ;)

AmalinaRahim said...

@Amirah Zulhijjah sekaeyriiii = scary :P

ku-cit said...

pengalaman yang menarik ni